Tertarik Dengan Keunikan, Norman Abdul Halim ‘Sunting’ Dian Hashim

By Kamaruddin Razal

Keunikan yang ada pada pendatang baru, Dian Hashim atau nama penuhnya Nordiana Shalieza Che Hashim telah menarik minat Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music Sdn Bhd, Datuk Norman Abdul Halim untuk menyunting gadis itu dan menawarkan kontrak kepadanya sebagai artis rakaman.

Pernah meraih 900,000 tontonan di YouTube untuk persembahnnya ketika menggunakan nama ‘Go-Go Smasher’ di pentas I Can See Your Voice musim pertama, gadis berudia 21 tahun ini tidak pernah berputus asa untuk mencuba nasib dalam bidang nyanyian sejak berumur 4 tahun lagi.

“Single Aku Wanita dapat menonjolkan kelainan dan keunikan suara Dian. Semasa dalam proses pembikinan lagu dan perbincangan mengenai genre yang sesuai buatnya, pihak KRU Music mendapat kata sepakat untuk mengetengahkan lagu catchy dan trendy yang lebih bersesuaian  dengan peribadi Dian.

“Mempunyai vocal range yang unik, Aku Wanita diharapkan berjaya menempa nama dipersada industri muzik tanahair sebaris dengan penyanyi-penyanyi yang sudah berjaya,” kata Norman.

Aku Wanita hasil nukilan sepenuhnya oleh Rayyan Rayhan dan diterbitkan oleh KRU Music merupakan sebuah lagu berentak catchy yang bersesuaian dengan perwatakan anak gadis ini.


Bait-bait lirik lagu ini mengisahkan tentang wanita yang meneruskan perjuangan dalam percintaan dan tidak mudaterpedaya dengan kata-kata manis seorang lelaki.

Maksud lagu ini boleh dilihat dan dihayati dengan lebih mendalam menerusi video muzik yang boleh ditonton menerusi saluran YouTube KRU Music.

Selain itu, lagu ini turut boleh didengari melalui platform penstriman Spotify, Deezer, KKBOX, YouTube, Joox, Apple Music dan TikTok bermula 24 Ogos.